Tuesday, March 31, 2009

belajar secara berkumpulan lebih baik daripada belajar secara sendirian ^~^




Mana yang lebih baik? Belajar secara berkumpulan atau secara sendirian? Definisi kumpulan ialah kelompok (orang, binatang, dll) yg agak besar, himpuna. Belajar secara berkumpulan ada baiknya dan buruknya. Kalau seseorang belajar dalam kumpulan dan tidak tahu sesuatu soalan, mereka boleh bertanya rakan-rakan mereka macam mana hendak mendapat jawapan yang betul. Pelajar pun menjadi lebih berminat untuk belajar kerana ada rakan untuk memotivasi sama-sama untuk belajar. Tetapi kalau bercampur dengan kawan-kawan yang kurang baik, mereka akan menarik kamu bawah dalam pelajaran kerana mereka akan menhayalkan kamu dan kamu tidak akan dapat membuat kerja yang kamu sepatutnya habiskan. Kamu perlu memilih rakan belajar dengan berhati-hati kerana mereka akan menjejas pelajaran kamu. Definisi sendirian ialah seorang diri, tidak berteman. Belajar secara sendirian juga ada baiknya dan buruknya. Pelajar boleh menumpukan dalam pelajaran atau kerja sekolah mereka kerana tiada gangguan dari orang lain. Mereka boleh menghabiskan kerja dengan lebih cepat kalau mereka boleh menumpukan dalam kerja. Tetapi, kalau mereka ada masalah dalam kerja mereka, mereka tidak boleh bertanya orang lain dan mereka akan ada masalah mencari bantuan dari orang lain. Tetapi untuk saya, saya berasa bahawa mata pelajaran yang lain saya lebih baik belajar dalam kumpulan seperti matamatik, fisiks dan kebanyakan pelajaran lain yang perlu pengiraan dan bahasa melayu kerana saya perlu bertanya apa perkataan inggeris dalam melayu. Khusus seperti pelajaran sosial dan sebagainya, saya lebih suka belajar sendirian kerana saya mesti menghafaz apa yang dalam buku teks itu. Namun, Kita mesti tahu khusus apa yang kita selesa belajar secara berkumpulan atau sendirian.

No comments:

Post a Comment