Thursday, April 2, 2009

Sambutan Hari Kesahabatan Antarabangsa

Setiap tahun, kami menyambut hari kesahabatan antarabangsa. Kami digalakkan berkawan dengan orang yang berlainan bangsa. Kami mengadakan hari ini kerana ia akan mengingatkan diri sendiri bahawa kami tidak boleh bergaduh dengan orang berbangsa lain. Apabila Singapura menjadi merdeka, ia pasti tidak akan ada perselisihan faham antara dua atau lebih kaum. Ramai orang telah terkorban kerana pergaduhan dua kaum itu. Singapura mengambil ikhtibar dari peristiwa itu dan tidak mahu pergaduhan antara kaum lagi. Mereka mengadakan hari ini supaya rakyat-rakyat Singapura sedar bahawa kami mesti bersatu-padu antara sesama kaum. Di sekolah, kami dapat mempelajari tentang budaya-budaya bangsa lain. Kami boleh rasai makanan-makanan berbeza kaum lain seperti muruku, kuih-muih, Dim Sum dan berbagai-bagai lagi. Sekolah pun mengadakan persembahan menari, menyanyi dan sebagainya. Kumpulan menari melayu dan kumpulan penari cina mempersembahkan tarian seperti dalam Industan sama-sama. Kami pun mengadakan permainan berinteraksi dengan penonton juga. Penonton mesti menjawab soalan-soalan tentang budaya bangsa lain. Kami pun mengadakan beberapa kumpulan untuk meneka lagu-lagu berlainan bahasa yang dimainkan. Di akhir persembahan, kami bernyanyi lagu-lagu berlainan bahasa bersama-sama rakan-rakan. Ia adalah pengalaman yang saya tidak akan lupa.

5 comments:

  1. "Apabila Singapura menjadi merdeka, kaum melayu dengan kaum cina bergaduh."

    Dalam barisan ini, saya rasa kamu terpula perkataan 'tidak'. Jika Singapura merdeka, ia pasti tidak akan ada perselisihan faham antara dua atau lebih kaum.

    "Singapura belajar dari peristiwa itu dan tidak hendak pergaduhan antara kaum lain bangsa lagi."

    Dalam barisan ini pula, saya rasa imbuhan ang dipakai bagi perkataan belajar salah. Sepatutnya mempelajari. Dan saya rasa 'mahu' lebih sesuai untuk perkataan ‘hendak' yang dipakai.

    "Mereka mengadakan hari ini supaya orang-orang singapura sedar.."

    Sepatutnya, rakyat-rakyat harus dipakai sebagai ganti untuk perkataan orang-orang.

    "kuih-muih, Dim Sum dan sebagai-bagai lagi."

    Sepatutnya berbagai-bagai harus duigunakan, bukan 'sebagai-bagai'.

    "Kumpulan menari melayu dan kumpulan menari cina mempersembahkan tarian seperti dalam Industan sama-sama."

    Dua-dua imbuhan bagi perkataan 'menari' salah digunakan. 'Penari' sepatut digunakan kerana ia adalah KUMPULAN.

    "Ia pengalaman yang saya tidak akan lupa."

    Saya rasa kamu lupa perkataan 'adalah'. Ia ADALAH....

    Secara keseluruh, saya rasa kamu barus memperbaiki bahasa kamu.

    ReplyDelete
  2. Pengunaan bahasa harus dibaikkan.

    ReplyDelete
  3. terima kasih kerana memberi comment yang tidak bagus...:P saya akan cuba* memperbaikinya.. ^~^

    *key word

    ReplyDelete