Tuesday, April 28, 2009

Perkhidmatan yang tidak memuaskan (ubah suai)

Shaikh Abdul Rahman bin Mustaffa
Blok 396 Tampines Ave 7 #11-293
Singapura 520396

24 Mac 2009

Pengurus Sistic
Downtown East
Pasir Ris Drive 1
Tuan



PERKARA: Perkhidmatan Yang Tidak Memuaskan



Berhubung dengan perkara di atas, saya hendak membuat aduan tentang perkhidmatan yang kurang memuaskan. Saya seorang peminat David Archuleta dan saya hendak menghadiri konsertnya yang diadakan untuk dua hari sahaja. Saya tidak dapat membeli tiketnya kerana sistem menjual tiket SISTIC kurang memuaskan.



Satu contoh ialah bairsan-barisan yang panjang. SISTIC hanya ada satu atau dua pondok menjual tiket untuk konsert itu. Kami mesti menunggu beberapa jam untuk membeli tiket dan ada orang yang malas menunggu begitu lama. Saya mencadang membuka beberapa pondok lagi untuk menjual tiket dengan lebih cepat dan orang pun tidak payah menunggu lama. Kalau orang beli tiket lambat, mereka tidak akan mendapat dudukan yang memuaskan dan terpaksa duduk di belakang. SISTIC pun tidak akan rugi kerana dapat jual lebih tiket dengan lebih cepat.



Satu cadangan yang lain ialah mengadakan tempahan dalam talian. Begini, orang tidak payah keluar rumah dan boleh beli tiket dengan senang. Dengan cara ini pun, SISTIC akan dapat menjual lebih tiket.



Lagi satu cara ialah menjual tiket lebih awal sebelum konsert. SISTIC boleh menjual tiket beberapa minggu sebelum konsert diadakan. Begitu, Orang boleh membeli tiket dalam masa yang lebih panjang. Begini pun, dengan masa yang lama, lebih orang boleh membeli tiket dan mendapat lebih wang.

Saya berharap mudah-mudahan tuan akan membuat sesuatu untuk memperbaiki sistem jualan tiket SISTIC dan saya mengucapkan terima kasih untuk mengambil masa membaca surat saya

Yang benar



(Shaikh Abdul Rahman)

No comments:

Post a Comment