Tuesday, May 26, 2009

Peristiwa yang mengubah hidup saya

Mata saya terkaca. Saya berasa sangat menyesal. Walaupun ibu sudah memberitahu saya beberapa kali bahawa bukan kesalahan saya, saya tetap berasa yang saya bersalah. Saya tidak tahu bagaimana untuk memaafkan diri sendiri. Hati saya penuh dengan kesal tiap-tiap kali saya berpandang dengan ibu berdiri sendirian di beranda. Saya pergi melawat kubur ayah saya untuk membaca beberapa doa. Sementara saya berada di kawasan kubur itu, saya masih teringat peristiwa yang telah belaku beberapa minggu lalu.

“Ah... Sudah cukup ayah! Saya hendak pergi keluar dengan rakan-rakan saya esok untuk menonton wayang! Saya tidak kisah!” saya merungut kepada ayah saya.

“Tidak boleh, Saiful. Kamu mesti belajar untuk peperiksaan awak yang akan datang oleh sebab kamu terlalu lemah dalam pelajaran kamu. Lagipun, peperiksaan kamu hanya dalam beberapa minggu depan.”

Ayah aku menjelaskan kepada saya dengan naga yang tenang.
Saya menhentakkan kaki saya menuju ke bilik tidur lalu menhempas pintu saya hingga bunyi semacam hendak pecah. Saya baring di atas katil saya sambil menutup muka saya dengan bantal kesayangan saya. Bunga-bunga kemarahan saya mulai membenih di wajahnya jelas kelihatan.Saya tidak boleh percaya bahawa tidak boleh keluar sehari dengan rakan-rakan saya sebab peperiksaan. Saya berasa macam saya hendak tumbuk tembok dan mengakibatkan sesuatu lobang. Saya sangat bernasib buruk.

“Sayang... saya tahu kamu hendak apa yang terbaik untuk anak kita tetapi biarlah dia pergi keluar sehari dengan kawan-kawannya esok.” Ibu saya cuba memujuk ayah.

“Baiklah...saya akan memberitahu Saiful esok selepas sekolah.” Ayah saya berkata kepada ibu.

Keesokan, selepas sekolah, saya mengeluarkan baju ekstra saya dari beg saya. Saya dengan rakan-rakan pun menuju ke ‘Tampines Mall’ untuk menonton wayang ‘ Night at the museum 2’. Saya sangat gemntar kerana ini kali pertama saya telah pergi keluar dengan rakan tanpa keizinan ibubapa. Saya berasa sangat bagus kerana telah berjaya. Apabila tempat wayang sudah sedia, kami terus menghayunkan kaki berjalan ke bilik wayang dua. Sementara saya di wayang, di rumah, badai kebimbangan merempuh-rempuh hati mereka. Ayah pun memberitahu ibu bahawa dia akan keluar mencari saya.

Selepas wayang saya selesai, saya berasa sedikit takut dan bersalah untuk pulang rumah. Apabila saya sampai di depan pintu rumah saya, saya teragak-agak untuk membuka pintu saya dahulu. Selepas saya membuka pintu, berat kaki saya masuk ke dalam rumah sendiri. Rumah saya terlalu senyap. Mata saya ternampak sesuatu nota di atas meja.

‘ Saiful, kalau kamu pulang ke rumah, tolong menuju ke Hospital Changi.’

Saya terkejut. Siapa yang telah dimasuki ke dalam hospital? Saya cepat-cepat menuju ke hospital. Apabila saya sampai di situ, saya sudah terlambat. Saya boleh nampak ayah saya di atas katil itu. Dia tidak bernyawa lagi. Air mata saya melilih di pipi. Sudah terlambat untuk meminta maaf. Saya menyesal kerana sangat kurang ajar kepada ayah. Saya berasa sangat bersalah. Selepas peristiwa itu, saya sedar bahawa saya mesti selalu dengar apa ibubapa cakap dan jangan kurang ajar. Saya pun belajar bahawa kalau malu berkayuh perahu hanyut. Peristiwa ini telah mengubah hidup saya.

No comments:

Post a Comment