Wednesday, May 27, 2009

Satu percutian yang berakhir dengan satu tragedi

Ingatan saya kembali manjangkau suasana masa lampau. Walaupun kejadian itu sudah lepas beberapa tahun lalu, ingatan saya masih segar bagi saya. Saya termenung ke dinding bilik tidur saya sambil teringat percutian keluarga saya ke Thailand. Mata saya semakin berat dan saya pun tertidur.

“ Saya tidak boleh tahan lagi! Saya hendak bermain di taman permainan sekarang! Saya tidak boleh tunggu!” Adik saya berkata dengan gembira. Penerbangan kami akan meninggalkan Singapura dalam beberapa minit lagi. Kami lebih gementar untuk percutian ini kerana inilah kali pertama saya dan adik naik kapal terbang. Apabila kami naik kapal terbang itu, seperti budak-budak kecil menemui sesuatu baru, kami teruja dengan apa-apa di dalam kapal terbang itu. Tempat dudukannya, tali keledarnya, kami juga teruja dengan tandas di dalam kenderaan ini. Apabila kapal terbang kami bermula terbang, perasaan pada masa itu sedikit ganjil bagi saya. Selain itu, saya sangat gementar untuk tiba di Thailand.

Apabila di Thailand, masa berjalan dengan cepat. Beberapa hari sudah lalu dan hari yang saya dan adik menunggu sudah tiba! Kami akan pergi ke taman pemainan terkenal di Thailand, ‘Dreamworld’. Kami tidak tahu apa yang kami harus menaiki dahulu.

“ ‘The Punisher’ dahulu!” saya mencadang kepada adik saya.

“ Tidak! Saya hendak memasuki rumah berhantu dahulu!” adik saya berkata pula.

Selepas pergaduhan kami, kami bercerai dan pergi ke arah yang berlainan. Disebabkan perasaan marah saya yang semakin meluap-luap, saya tidak terfikir tentang keselamatan adik saya di taman permainan itu. Selepas 30 minit, ibubapa saya pun bertanya saya di mana adik saya sedang berada. Fikiran saya pun melayang jauh. Semenjak kami bercerai jalan, saya tidak nampak pun adik saya di mana-mana. Kami semua berasa sangat bimbang terhadap adik saya. Kami kelam-kabut mencari adik di seluruh tempat itu. Selepas itu, kami pun menuju ke kaunter informasi. Mereka memberitahu kami bahawa ada seorang budak lelaki yang padan dengan deskripsi adik saya. Mereka menambah bahawa budak itu telah dihantar ke hospital selepas ditimpa kemalangan di ‘go kart’. Dengan cepat kami pun menuju ke hospital.

Di sana, kami diarah ke sebuah bilik yang adik saya berada. Kami diberitahu bahawa tangan adik saya patah disebabkan terlanggar dinding dengan kuat semasa memandu go kart. Perasaan bersalah menerpa fikiran saya. Saya tidak patut meninggalkan adik saya keseorangan di tempat yang berbahaya. Oleh kerana perangai keanak-anakan saya, adik saya akan menghadapi masalah menulis di masa hadapannya. Tambahan lagi, saya dan adik saya tidak dapat berseronok bersama-sama di taman permainan itu. Sebaliknya, hari percutian itu berakhir tragedi yang tidak dikehendaki oleh kami semua.

No comments:

Post a Comment