Thursday, May 28, 2009

Suatu incident meyakinkan saya tentang kebenaran nasihat diberi oleh ibu

Bayang-bayang kesedihan dan kepiluan masih tercalit di wajah saya. Saya tidak boleh percaya saya tidak mengikuti nasihat yang diberi kepada saya. Saya cuba menahan air matanya tetapi matanya tetap bertambah kelam. Bagaimana saya akan memberitahu ibu saya. Saya tidak tahu apa saya perlu laku sekarang. Saya hanya berdiri di tengah dewan sambil teringat apa yang telah terjadi.

“ Pergi mati! Sedikit lagi!” saya bercakap diri sendiri sambil bermain permainan komputer terbaru.

“ Rasif, kamu mesti berhenti sekejap. Kamu sudah bermain selama 3 jam.” Ibu saya menyuruh saya. Ibu tidak berhenti menyuruh saya berhenti. Wira saya pun mati.

“Tengok ah ibu! Saya sudah kalah!” saya melalak. Apabila saya bangun dan berdiri, saya berasa mabuk sedikit dan saya hilang keseimbangan. Perut saya pun berbunyi kuat. Saya sedar bahawa saya lapar. Saya pun menuju ke dapur untuk mencari makanan untuk mengisi perut kosong saya. Seleps memakan, ibu saya pun berjalan menuju ke saya. Saya tahu ibu hendak bercakap dengan saya.

“Rashid, kamu mesti sedar bahawa peperiksaan peringkat GCE ‘O’ akan tiba dalam beberapa bulan sahaja. Kamu mesti melakukan sesuatu atau berusaha untuk mendapat keputusan yang cermerlang.” Ibu syarah saya. Saya memberitahu ibu yang masih lama dan ada banyak masa untuk mengulangkaji unuk peperiksaan.

Masa berjalan dengan cepat dan sebelum saya tahu, peperiksaan yang paling penting bagi setiap pelajar menegah empat sudah tiba. Saya tidak bersedia untuk ini. Jantung saya bergoncang bagaikan mahu memecahkan rangka dadanya. Saya bermula menyesal. Kalau saya tahu lebih awal. Kalau saya telah meulangkaji lebih awal, ini semua tidak akan terjadi. Walaupun saya tahu apa yang akan terjadi, saya masih terpaksa memasuki bilik peperiksaan itu.

No comments:

Post a Comment